Lambang Indonesia di Malaysia
Sana sini di Malaysia ini ada bau Nusantara. Kata modern ialah–sana sini Malaysia ada Indonesia di dalamnya. Nusantara itu hebat di mata Malaysia. Bukanlah saya kata Indonesia itu tidak hebat tetapi apa yang nak saya ingin utarakan ialah bahawa suatu masa dulu leluhur kita memang hebat.
Demikian pandangan Nazri Yahya, warga Malaysia yang menuliskan pandangannya di Kompasiana. Berikut tulisan selengkapnya, yang merupakan seri pertama dari beberapa seri tulisannya...
Malaysia itu tidak hebat dan Indonesia itu pun tidak hebat. Yang hebat ialah bangsa nusantara itu. Malaysia, Indonesia mungkin hilang suatu hari nanti, sama seperti hilangnya Melaka, Langkasuka, Majapahit dan Sriwijaya. Saya kata mungkin, sebab tamadun dunia ini sentiasa berubah dan tidak akan kekal. Yang kekal ialah bangsa nusantara.
Baiklah apa yang dikatakan ikon tertinggi yang boleh kita lihat di negara Malaysia ini? Mari kita lihat tiga symbol tertinggi di Malaysia yang memang diakui oleh orang ramai. Dari banyak-banyak symbol tertinggi negara ini, mari kita pilih tiga dari nya.
Yang pertama ialah Raja Berdaulat. Malaysia ada raja bertakhta, yang berkuasa memerintah Negara. Raja adalah rakyat dan rakyat adalah raja. Raja adalah wang dan di wang kertas Malaysia ada lambang raja.
Wang adalah tanda kemakmuran negara. Lagi banyak wang lagi kaya seseorang atau sesebuah negara. Wang adalah sumber kuasa. Semua negara berbangga dengan wang kertasnya. Apa ikon yang tertara di wang kertas adalah tanda kuasa. Hanya symbol terkuat sahaja yang diletakkan di mata wang. Apa simbol terkuat mata wang Malaysia? Ia adalah raja.
Raja ialah symbol negara Malaysia. Rukunnegara meletakkan kesetiaan kepada raja sebagai rukun nombor dua dari 5 rukun negara. Semua mesti patuh kepada raja. Kepatuhan kepada raja adalah lambang dan tunjang kepada kerukunana Negara ini. Raja menjadi lambang harmoni semua kaum di Malaysia.
Raja Malaysia yang pertama ialah Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad yang bertakhta di negara bahagian Negeri Sembilan sebagai raja dari tahun 1933-1960. Pemerintahan baginda di Negeri Sembilan adalah selama hampir 33 tahun. Baginda adalah seorang peguam (lawyer) dan sebagai seorang yang professional ketika itu baginada telah dilantik sebagai raja Malaysia yang pertama (di Malaysia dikenali dengan sebutan sebagai Yang Dipertuan Agung).
Tahukah anda bahawa beliau adalah keturunan asli raja Pagar Ruyung dari Sumatera? Ya, keturunan asal raja dari Sumatera, Indonesia. Baginda adalah keturunan yang ke-11 dari Sultan Abdul Jalil yang memerintah Pagar Ruyung pada awal abad yang ke-16.
Orang Minang di Malaysia terutama dari Negeri Sembilan sangat berbangga dengan pertabalan ini. Sangat berbangga. Dan orang Minang yang bertebaran di seluruh dunia juga patut berbangga bahawa ‘orang awak’ jadi lambang kuasa di Malaysia dan terus kekal jadi lambang kuasa hingga hari ini.
(bersambung)
0 Response to "Lambang Indonesia di Malaysia"
Post a Comment